Sejak kebelakangan ini, kita makin banyak mendengar tentang pilihan binari. Pilihan binari menyediakan cara yang mudah untuk perdagangan dalam pelbagai pasaran global.  

Namun, tanpa mengambil kira konsep yang sederhana, seseorang perlu sentiasa berwaspada tentang risiko dan kelebihan yang dimiliki perdagangan binari. Dalam panduan ini, kami akan menerangkan 

apa itu pilihan binari dan apa yang anda perlu tahu jika anda sedang bercadang untuk memulakan perdagangan. 

Walaupun pilihan binari dianggap pilihan eksotik, ia adalah sangat mudah untuk difahami dan digunakan. Pilihan paling popular dan pada masa yang sama adalah paling mudah ialah pilihan “high-low”. Juga dipanggil pilihan “pulangan-tetap”, ia mempunyai tarikh tamat tempoh/masa ataupun “harga strike”.

Tarikh tamat tempoh/masa bergantung kepada pilihan yang anda ada pada platform yang anda guna. Kelebihannya disini ialah pedagang akan tahu berapa banyak yang mereka akan menang atau rugi walau apapun keputusannya, bermakna ganjaran dan risiko telah diketahui awal-awal lagi. Namun, satu hal yang perlu diingat ialah ganjaran sentiasa rendah daripada risiko. 

Jadi bagaimana ianya berfungsi? Katakan anda membuat pelaburan pada suatu aset, dan ia dipanggil X. Aset X mempunyai nilai semasa $X. Masa tamat tempoh adalah dalam 2 hari. Jika anda memilih pilihan high-low, anda sepatutnya meneka arah manakah nilai aset itu akan pergi. 

“High” bermaksud ia akan menaik, manakala “low” bermaksud ia akan menurun. Jika pelaburan anda betul, anda akan dibayar pulangan tetap, dan jika pelaburan anda tidak betul, maka anda akan kehilangan semua pelaburan yang anda buat. 

Pilihan binari lain ialah pilihan “call-put”. Pedagang patut membeli “call” apabila dia pasti yang pasaran sedang menaik; jika, sebaliknya, pedagang percaya yang pasaran sedang jatuh, dia perlu membeli “put”. Ada diberi harga strike yang mana dengannya dapat ditentukan samada pasaran sedang jatuh atau menaik pada penghujung masa tamat tempoh. 

Untuk “call” berjaya, harga mestilah di atas harga strike apabila masa tamat tempoh. Berlawanan dengan itu, untuk “put” berjaya, harga mestilah di bawah harga strike apabila masa tamat tempoh. 

Harga strike bergantung kepada permulaan pedagang, berserta dengan tarikh/masa tamat tempoh, pembayaran, dan risiko. Kebanyakan broker mengambil kadar semasa produk kewangan sebagai harga strike, contohnya pasangan matawang S&P 500 index.

Dalam kata mudah, anda sedang bertaruh jika harga pada masa tertentu menaik atau jatuh dalam perbandingan dengan harga semasa. 

 

Pililhan binari yang lain adalah pilihan “range”. Pilihan “range” membenarkan pedagang untuk menetapkan julat yang mana harga itu akan berada dalamnya ketika masa tamat tempoh. Jelas sekali, jika harga berada dalam julat, maka ia adalah situasi menang; sebaliknya, ia adalah rugi yang nyata. 

One Touch” adalah pilihan binari lain yang anda boleh pilih. Ini bermakna aset tertentu perlu mencapai harga tertentu dalam masa yang diberi paling tidak sekali untuk memastikan dagangan berjaya.

Selain daripada itu, sesetengah broker membenarkan anda menetapkan masa tamat tempoh anda sendiri. Sebagaimana yang anda mungkin sudah perasan, tarikh/masa tamat tempoh adalah kunci utama yang menentukan samada anda akan menjana wang atau kehilangan pelaburan anda. 

Sesetengah broker menawarkan pelanggannya peluang untuk memilih masa tamat tempoh yang mereka sukai, yang mana boleh jadi serendah 60 saat, tetapi boleh juga menjadi selama beberapa bulan. 

Namun, semua pedagang harus beringat yang walaupun pembayaran akan menjadi lebih besar jika masa tamat tempoh adalah lebih lama, ada banyak perkara yang boleh terjadi dalam tempoh masa yang lama. 

Bergantung kepada platform yang anda pilih, anda akan mempunyai kemungkinan berbeza apabila ia berkait dengan aset yang boleh anda dagangkan. Biasanya, broker akan menawarkan:

Indeks: Nikkei, Nasdaq, Dow Jones, etc.

Pasangan Matawang: USD/EUR, EUR/GBP, USD/AUD etc.
Saham: Google, Facebook, Coca Cola, etc.
Komoditi: Gold, Silver, Coffee, Oil, etc.

Di pasaran, ada banyak broker yang menawarkan kelebihan berbeza, tetapi kebanyakannya, pembayaran dan risiko telah ditetapkan. Broker akan mendapat hasil daripada mengumpul wang dagangan yang tidak berjaya, dan dengan mengumpul peratusan percanggahan pada dagangan yang berjaya. 

Pilihan binari adalah cara yang mudah untuk berdagang dalam dunia moden. Ia mudah difahami dan lagi mudah untuk digunakan; namun, anda harus selalu ingat yang akan ada risiko yang terlibat. 

Pastikan anda membiasakan diri dengan perdagangan binari sebelum menampilkan diri dalam bidang ini, dan pastikan untuk menonton beberapa tutorial video yang ditawarkan broker binari.

Selamat berdagang!

 

Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan pilihan binari:

Faedah Pilihan Binari

Anda mungkin pernah mendengar banyak tentang pilihan binari sejak kebelakangan …

Click here to get this post in PDF