Anda mungkin pernah mendengar banyak tentang pilihan binari sejak kebelakangan ini. Kesederhanaannya menguasai dunia dan ia menjadi pilihan popular ramai orang untuk perdagangan.

Jika anda betanya pada diri anda sendiri mengapa ia sangat popular dan apa faedahnya yang anda boleh dapat, anda berada pada tempat yang betul untuk belajar!

Pilihan binari memberi kemudahan dan kebolehaksesan kepada pedagang untuk berdagang di pasaran dan menjana pendapatan dengan membolehkan mereka melabur dari mana-mana tempat tanpa perlu banyak pengalaman dalam bidang ini. 

Mari lihat faedah yang boleh anda alami dengan perdagangan binari!

1. Kesederhanaan

Jika anda pernah terjumpa mana-mana platform perdagangan yang boleh didapati online, anda boleh merumuskan sendiri yang perdagangan binari adalah yang paling mudah yang anda boleh buat. 

Anda cuma perlu meneka arah mana harga aset akan pergi, dan buat pelaburan berdasarkannya. 

Walaupun anda tidak mempunyai banyak pengalaman, anda boleh belajar sambil meneruskannya dan mulakan dengan pelaburan kecil pada permulaan. 

Selain pilihan binari High/Low, pilihan lain yang tersedia untuk anda juga sangat mudah digunakan, bermakna anda tidak perlu menjadi seorang genius untuk memahami konsep ini. 

2. Pulangan Atas Pelaburan 

Sudah tentu, apabila memasuki Dunia Perdagangan Binari, motivasi terbesar untuk melakukannnya adalah pulangan atas pelaburan. 

Perdagangan pilihan binari melibatkan risiko, dan sudah tentu, anda kadang-kadang boleh kerugian dalam pelaburan yang anda buat. 

Meskipun begitu, perdagangan pilihan binari adalah tentang pendapatan, dan bergantung kepada aset yang anda telah pilih, anda boleh menang besar. Pulangan atas pelaburan pada sesetengah aset boleh jadi sangat kecil, sementara pada aset lain ia boleh pergi sehingga 70%.

3. Risiko Terkawal

Anda sepenuhnya dapat mengawal kewangan anda apabila berurusan dengan pilihan binari. 

Risiko dikenalpasti walaupun sebelum anda melakukan pelaburan kerana anda cuma mengrisikokan untuk hilang apa yang anda laburkan, dan bukan semua duit yang telah dideposit. 

Ini bermakna risikonya dikawal oleh anda, dan anda tidak akan pernah, dengan apa keadaan jua rugi lebih daripada yang anda laburkan. 

4. Penyesuaian Dengan Perubahan

Perdagangan pilihan binari membenarkan anda untuk mengikuti perubahan yang berlaku pada pasaran dan mengubah strategi sewajarnya.

Jelas sekali bahawa pasaran sentiasa berubah-ubah, dan perubahan drastik boleh berlaku bergantung kepada isu semasa. 

Ingat, ini bermakna pelabur boleh merubah strategi sejajar dengan pergerakan pasaran dalam rangka untuk memaksimumkan keuntungan. 

5. Labur Seberapa Banyak Yang Anda Mahu

Perdagangan pilihan binari adalah untuk semua orang, bermaksud sesiapa yang tidak mampu mendepositkan ribuan dollar masih boleh menjadi pedagang. 

Broker Pilihan Binari menawarkan kemungkinan untuk melabur sekecil $1! Anda boleh mula dengan pelaburan sekecil itu, timba pengalaman dan menjana wang tanpa risiko yang terlalu besar, dan selepas itu barulah boleh tingkatkan usaha anda. 

6. Kepelbagaian Aset Yang Luas

Melalui perdagangan dengan pilihan binari, anda mempunyai akses kepada pelbagai aset yang boleh dipilih.  

Sudah tentu, hasil daripada sesetengah aset adalah lebih mudah untuk diramalkan berbanding yang lain. 
Menjadi pedagang pilihan binari bermaksud yang anda boleh memilih untuk melabur dalam apa jua yang ada rasakan selesa dan apa jua yang anda paling berpengetahuan tentangnya. 

7. Akses Mudah 

Menjadi Pedagang Binari adalah semudah 1-2-3! Majoriti broker akan menyediakan pendaftaran yang cepat dan mudah, dan juga cara deposit yang berbeza yang anda boleh pilih dan mulakan perdagangan. 

8. Walaupun Ketika Bergerak 

Oleh kerana kita tinggal dalam era digital dan terbiasa mendapatkan sesuatu dalam sesaat cuma, broker pilihan binari telah membuatkan ia mudah untuk pedagang mengakses pasaran walaupun ketika mereka sedang bergerak. 

Apa yang anda perlukan untuk berdagang hanyalah komputer, tablet atau telefon pintar dan semestinya, sambungan internet. 

Majoriti broker menawarkan aplikasi untuk kedua-dua Android dan iPhone, bermakna anda masih boleh berdagang walaupun ketika anda sedang bergerak.

 

9. Mendapat Pengalaman

Kenyataan yang bahawa perdagangan pilihan binari boleh dibuat serendah beberapa dollar bermakna anda mempunyai ruang untuk berkeksperimen dan melihat apa yang terbaik untuk anda. 

Anda tidak perlu melabur banyak dalam sesuatu yang anda tidak pasti boleh berhasil, tapi dengan setiap pelaburan anda akan memperoleh pengalaman yang akan membantu anda apabila anda mahu membuat pelaburan yang lebih besar dan menjana lebih pendapatan.

Seperti yang dipersembahkan disini, perdagangan pilihan binari menawarkan banyak faedah kepada pedagang. Hal yang paling utama ialah, ia adalah paling mudah untuk digunakan dan difahami, dan hanya anda yang mengawal langkahnya. 

Jika anda fikir yang perdagangan pilihan binari adalah untuk anda, semak ulasan kami tentang broker dan cari broker yang tepat untuk memulakan perdagangan.  

 

Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan pilihan binari:

Faedah Pilihan Binari

Anda mungkin pernah mendengar banyak tentang pilihan binari sejak kebelakangan …

Click here to get this post in PDF