Perdagangan pilihan binari menyediakan cara hebat untuk pelabur mendapatkan keuntungan dan pada waktu yang sama tidak berada dalam tekanan yang besar. 

Keringkasan perdagangan pilihan binari adalah faktor yang membuat ia sangat popular. Memilih antara dua hasil berbeza mungkin terlihat mudah, tetapi anda tidak sepatutnya lupa bahawa sentiasa ada tahap risiko tertentu yang akan terbabit.

Jika anda seorang pedagang yang baru bermula dan sedang berusaha meningkatkan pencapaian perdagangannya, kami akan membantu anda dan memberi beberapa petua untuk bagaimana menjadi pedagang pro!

1. Cari Broker Anda

Kita patut mulakan dengan perkara yang paling nyata – mencari broker. Sebagaimana mudahnya ia kelihatan, mencari broker yang sesuai untuk anda mungkin lebih sukar pada pandangan pertama. 

Ada banyak broker yang pelbagai yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada pelabur, dan walaupun mereka semua bekerja pada prinsip yang hampir sama, ada beberapa perkara yang berbeza yang patut anda betul-betul perhatikan. 

Pertama, anda perlu mengetahui dengan jelasnya apa matlamat anda, apa yang anda sedang cuba capai, dan berapa banyak wang yang anda sanggup depositkan.

Apabila perkara tersebut telah tersemat di fikiran, anda bolehlah pergi mencari dan lihat pada ulasan broker binari dalam rangka mencari yang terbaik untuk anda. Pastikan baca apa yang pengguna beritahu dan sudah tentu, pastikan anda tidak memilih broker penipuan.  

2. Ambil Kesempatan Pada Akaun Demo

Tidak semua broker binari, tetapi kebanyakan mereka menawarkan pengguna akses ke akaun demo. Tiada pengalaman dalam bidang ini bermakna penggunaan akaun demo akan menjadi kelebihan yang hebat untuk anda.

Anda boleh melihat-lihat dahulu dan perhatikan apa yang ditawarkan oleh platform perdagangan itu, main-main dahulu dan buat beberapa ramalan tentang aset dan lihat pegerakan pasaran. 

Ini penting untuk pedagang baru kerana mereka akan mendapat keyakinan dan pengalaman yang diperlukan tanpa perlu mengrisikokan wang mereka.  

3. Buat Kajian Anda

Sebelum mula berlatih, anda perlu mempunyai pengetahuan tertentu berkaitan dengan teori itu. 

 

Dalam laman web kami, dan juga pada laman lain dalam internet, anda boleh mencari banyak panduan dan tutorial berguna yang mana akan mengajar anda asas perdagangan binari dan menyediakan anda untuk menghadapi dunia sebenar perdagangan. 

4. Tetapkan Matlamat Dan Had Yang Realistik

Sudah tentu, memang seronok mendapatkan dua kali ganda wang anda cuma dengan satu klik, tapi tidak selamanya anda boleh berbuat demikian. Walaupun dewi tuah menyebelahi anda, anda masih perlu membuat perancangan dan pelaksanaan yang teliti. 

Menetapkan matlamat yang realistik adalah perkara paling penting yang anda boleh lakukan. Anda tidak mahu mengrisikokan semuanya dan berjudi besar. Oleh kerana ia melibatkan risiko, anda perlu berhati-hati tentang berapa banyak yang anda depositkan. Berwaspadalah dengan wang yang anda depositkan dan jangan pernah melabur lebih daripada yang anda sanggup rugi. 

5. Pilih Mana-mana Yang Anda Rasa Paling Selesa Untuk Berurusan

Broker pilihan binari menawarkan aset berbeza yang mana pelabur boleh berdagang dengannya. Empat kategori yang paling biasa adalah matawang, indeks, komoditi, dan saham. 

Pedagang baru selalunya terbiasa dengan matawang dan komoditi. Malahan, memulakan usaha perdagangan dengan matawang dan komoditi adalah cara yang tepat untuk dilakukan sekiranya anda adalah seseorang yang baru belajar oleh disebabkan aset tersebut adalah paling mudah untuk dijangka. 

6. Bergerak Pada Langkah Anda Sendiri

Anda mungkin diperdayakan untuk berfikir yang anda boleh terjun terus dan mendapati diri anda berada pada aras sama dengan pedagang berpengalaman lain. Namun, semudah mana ia kelihatan, perdagangan binari masih agak berisiko dan mencabar.

Tetapkan gerakkan langkah anda sendiri dan jangan terburu-buru. Sambil anda melangkah anda akan belajar lebih dan lebih lagi tentang pasaran tersebut dan anda akan mendapat kenyakinan dan pengalaman yang diperlukan untuk memulakan perdagangan dengan jumlah lebih besar dan pada aset yang kurang terjangka yang mana membawa keuntungan yang lebih besar.  

7. Lakukan Beberapa Percubaan

Anda mungkin mempunyai hanya dua pilihan untuk dipilih, tetapi itu bermakna peluang untuk menang adalah 50:50. Jika anda mahu belajar bagaimana ia berfungsi, anda boleh membuat percubaan sendiri pada aset berbeza dengan melaburkan jumlah wang yang sedikit seperti hanya beberapa dollar. 

Dengan berbuat demikian, anda akan belajar lebih tentang pasaran dan perubahan yang boleh berlaku. 

Menjadi seorang pedagang pilihan binari boleh menjadi hal yang sangat menguntungkan, walaupun untuk yang baru bermula.

Tetapi dalam rangka mencapai matlamat anda, anda perlu bermula dari suatu tempat, seperti bermula dengan asas yang kukuh. 

Belajar teori yang diperlukan, buat beberapa percubaan menggunakan akaun demo, dan cari broker yang sesuai dengan anda. Perdagangan pilihan binari adalah sesuatu yang anda belajar menerusi pengalaman,  dan mula dengan langkah kecil adalah perkara terbaik yang anda boleh lakukan. Selamat berdagang!

 

Ketahui lebih lanjut tentang perdagangan pilihan binari:

Faedah Pilihan Binari

Anda mungkin pernah mendengar banyak tentang pilihan binari sejak kebelakangan …

Click here to get this post in PDF